Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Just Married, Ashton Kutcher baru-baru ini mendedahkan penderitaannya diserang sejenis penyakit autoimun, vaskulitis.
Dalam sedutan eksklusif episod terbaharu Running Wild with Bear Grylls: The Challenge, Ashton bercerita lebih lanjut mengenai penyakit yang menjejaskan keupayaannya untuk mendengar, melihat dan berjalan selama lebih setahun.
“Sekitar dua tahun lalu, saya mengalami sejenis vaskulitis pelik dan sangat jarang berlaku yang meragut deria pendengaran dan penglihatan serta membuatkan saya lumpuh,” jelasnya dalam sebuah video klip yang dikongsi oleh Access Hollywood.