Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir dua bulan netizen berteka-teki mengenai kecederaan mata yang dialami pelakon Ben Amir.
Kini, Ben terbuka berkongsi lebih banyak foto dan pengalaman mengenai insiden yang hampir meragut penglihatannya bersama peminat.
Dua hari lalu aktor berusia 32 tahun itu memaklumkan perkembangan terkininya menerusi satu kapsyen panjang lebar di Instagram.
“Insiden yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Tanpa sebarang amaran saya hampir menjadi buta. Proses pemulihan amat sukar dari segi mental dan fizikal. Saya tertekan dan lemah. Hari ini saya semakin sihat dan berasa lebih kuat,” tulisnya.