Use your ← → (arrow) keys to browse
Brad Pitt dikenali sebagai salah seorang selebriti yang gemar mengumpul hartanah di serata dunia.
Baru-baru ini Brad menambah satu lagi aset ke dalam portfolio hartanahnya dengan membeli sebuah kediaman lama di tebing laut bernilai RM178 juta yang dibina seabad lalu di Carmel Highlands, California.
Dia dilaporkan membeli aset itu dalam satu urus niaga di luar pasaran. Ia merupakan antara perjanjian paling mahal pernah dibuat di kawasan mewah tersebut, menurut The Wall Street Journal.
Dibina pada tahun 1918 dan direka oleh arkitek tersohor Charles Sumner Greene, ‘istana’ binaan batu pasir dan granit gaya Mediterranean dengan pemandangan indah menghadap laut itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.