Meerqeen Sertai Anna Jobling Dalam Senarai Tercantik & Terkacak TC Candler - Glam Malaysia
Meerqeen Sertai Anna Jobling Dalam Senarai Tercantik & Terkacak TC Candler

Meerqeen Sertai Anna Jobling Dalam Senarai Tercantik & Terkacak TC Candler

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama Meerqeen menjadi buah mulut peminat selepas kejayaan Melur Untuk Firdaus, drama bersiri yang turut melonjakkan namanya di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kini Meerqeen melakar sejarah sekali lagi apabila dicalonkan dalam senarai popular yang dikeluarkan oleh media antarabangsa, TC Candler.

Pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam itu menerima pencalonan untuk 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022) di samping empat lagi selebriti tanah air iaitu Hun Haqeem, Alvin Chong, Sean Lee dan Aweera.

Foto: EH!