Use your ← → (arrow) keys to browse
Nama Ricky Martin menjadi hangat di media sosial apabila dilaporkan menjalin hubungan romantis selama tujuh bulan dengan anak saudara lelakinya.
Tidak sekadar berdiam diri, Ricky mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi peguamnya bagi menafikan dakwaan tersebut sekali gus menggelarnya sebagai satu tuduhan tidak benar dan menjijikkan.
Dalam kenyataan tersebut, peguam penyanyi berusia 51 tahun itu menulis, “Malangnya individu yang membuat tuduhan ini sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental yang serius.”