Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru dua minggu menjayakan Wonder: The World Tour, Shawn Mendes terpaksa menghampakan peminat dengan menunda konsertnya selama tiga minggu.
Menurut Shawn, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan dirinya buat sementara waktu.
Penyanyi berusia 24 tahun itu berkongsi satu kenyataan penuh beremosi di media sosial sekali gus mendedahkan dia telah mencapai titik kemuncak dan perlu berehat daripada membuat persembahan.