Supermodel Dengan Bayaran Tertinggi - Glam Malaysia

Supermodel Dengan Bayaran Tertinggi

Saban tahun, Forbes akan mengeluarkan carta Celebrity 100, yang bertujuan menyenaraikan selebiriti paling berkuasa di dunia. Faktor yang diambil kira untuk menduduki carta tersebut adalah jumlah pendapatan tahunan seorang selebriti tersebut, jumlah kekuatan peminat, pencarian Google, bilangan hiasan muka depan majalah dan publisiti yang diterima.
 
Selebriti yang disenaraikan terdiri daripada pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pengacara, ahli sukan, pengarah filem, komposer, personaliti dan juga model. Mengungguli tangga teratas tahun 2014 bagi kategori model adalah Gisele Bundchen yang menduduki tangga ke-56, mengalahkan Kate Moss yang berada di tangga ke-91.
 

"Charles James: Beyond Fashion" Costume Institute GalaGambar: TPGVIP

 
Gisele Bundchen bukan lagi nama asing di dunia fesyen dikatakan memperolehi pendapatan sebanyak USD47 million bagi tahun sebelumnya. Purata pendapatan hariannya adalah sebanyak USD128,000 sehari! Hasil pendapatan itu diperolehi daripada kontraknya bersama jenama besar seperti H&M, Chanel, Carolina Herrera dan Louis Vuitton. Selain itu, kejayaannya bekerjasama dengan jenama sandal Grendene serta pelancaran produk kecantikan sendiri iaitu Sejaa Pure Skincare pada tahun 2011 dikatakan menjana purata penjualan sebanyak USD1 billion setahun! Hasil karier modelingnya dari dulu, dia dikatakan mempunyai aset sebanyak USD386 million.
 

See also
Tona Kulit Pilihan Musim Luruh Chanel 2022

Brazil: FIFA World Cup 2014 Closing CeremonyGambar: TPGVIP

 
Terbaru, dia telah dipilih untuk membawa Trofi Piala Dunia FIFA pada temasya antarabangsa bolasepak itu yang lalu. Trofi itu yang diletakkan di dalam beg bagasi Louis Vuitton, dibawa oleh Gisele yang juga merupakan jurucakap jenama tersebut. Akan datang, dia bakal muncul dengan kempen Emilio Pucci serta Balenciaga, dan juga menjadi wajah bagi Chanel No. 5.