Use your ← → (arrow) keys to browse
Ratu Elizabeth II melucutkan gelaran Diraja anak keduanya, Putera Andrew rentetan kes serangan seksual yang difailkan seorang wanita, Virginia Giuffre.
Putera Diraja Britain itu dilaporkan akan membayar pampasan sebanyak RM68 juta kepada Virginia setelah mencapai penyelesaian di luar mahkamah di mana sebahagiannya akan dibiayai oleh ibunya sendiri.
Disebabkan itu, Putera Andrew kini tidak lagi dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia atau memiliki sebarang status ketenteraan Diraja dan yayasan amal. Namun dia masih lagi Duke of York, gelaran yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II pada hari perkahwinannya dan tetap dikenali sebagai putera United Kingdom.
Putera Andrew bukan satu-satunya kerabat yang kehilangan gelaran kehormat. Glam senaraikan beberapa lagi ahli keluarga Diraja yang turut menerima nasib sama.