Amber Heard Disahkan Mengalami Dua Kecelaruan Personaliti - Glam Malaysia
Pertaruhan Terbaharu Amber Heard Demi Meraih Sokongan Netizen

Amber Heard Disahkan Mengalami Dua Kecelaruan Personaliti

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard yang sedang berlangsung di mahkamah membongkar satu kebenaran mengenai tahap kesihatan bekas isterinya.

Seorang ahli psikologi yang diupah oleh peguam Johnny memberi keterangan di mahkamah pada Selasa lalu sekali gus mendedahkan bahawa Amber mengalami kecelaruan personaliti.

Shannon Curry yang merupakan pakar psikologi klinikal dan forensik berkata, dia memeriksa rekod kesihatan mental bintang Aquaman itu dan menilainya secara peribadi selama 12 jam untuk tempoh masa dua hari iaitu pada 10 Disember dan 17 Disember 2021.

Hasilnya, dia mendapati pelakon berusia 36 tahun itu mempunyai kecelaruan personaliti ambang dan kecelaruan personaliti histrionik. “Dia memperoleh markah yang konsisten dengan diagnosis tersebut,” kata Shannon.

Foto: The Mirror