Koleksi Mewah 'Regal Raya' Larney Sempena Aidilfitri 2022 - Glam Malaysia

Koleksi Mewah ‘Regal Raya’ Larney Sempena Aidilfitri 2022

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koleksi Mewah Dan Elegan ‘Regal Raya’ Khas Buat Wanita Bergaya Bagi Sambutan Aidilfitri 2022

Koleksi Aidilfitri dari jenama LARNEY sering menjadi tumpuan setiap kali musim perayaan Aidilfitri menjelma dan tahun ini sekali lagi, LARNEY mencuri perhatian wanita bergaya Malaysia. Dikenali dengan rekaan eksklusif yang pasti menaikkan seri pemakai, LARNEY mempersembahkan koleksi baru bagi santapan gaya fesyen Aidilfitri tahun 2022 bertemakan REGAL RAYA.

Dengan kempen penuh glamor yang dibintangi oleh dua jelitawan yang tidak dapat dinafikan punyai aura tersendiri, Fyza Kadir dan Whulandary Herman, koleksi ini meneruskan mesej optimis yang disampaikan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri bersesuaian dengan situasi post-pandemic dunia. Pemilihan Fyza dan Whulandary juga dilihat begitu tepat justeru menjadikan keduanya sebagai pasangan muse paling elegan buat jenama LARNEY sehingga kini.

Masih mengekalkan estetika LARNEY yang terkenal dengan gaya feminin, sofistikated dan mewah, jenama ini mempersembahkan rekaan klasik yang dimodenkan seolah-olah membawa para pecinta jenama ini meneroka siluet warisan lama namun diberi nafas baru.

See also
Trend Rekaan Kamar Mandi Terbaik 2020