Use your ← → (arrow) keys to browse
Putera Harry dan Meghan Markle menandakan ulang tahun kedua pandemik Covid-19 dengan menggesa agar vaksin diagihkan secara adil dan menyeluruh.
Pasangan itu kini menyertai lebih 130 pemimpin dunia, saintis, aktivis kemanusiaan dan ramai lagi dengan menandatangani surat terbuka The People’s Vaccine serta menyeru agar monopoli yang menghalang akses global kepada vaksin Covid-19 dihentikan.
“Dua tahun telah berlalu sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik global – dan berhadapan dengan ketaksaksamaan akses terhadap vaksin – justeru kami menggesa para pemimpin dunia melakukan apa yang diperlukan untuk menamatkan krisis ini dan bersatu di belakang People’s Vaccine,” menurut kenyataan.