Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan - Glam Malaysia
Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan 02

Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan

“Seutas arloji klasik yang dicitrakan untuk wanita”. Begitulah layangan persepsi sekalian pemuja gelanggang horologi dalam mengertikan Oyster Perpetual Lady-Datejust.

Keanggunan & Kecemerlangan 6

Lady-Datejust dalam emas kuning 18K, dihiasi bezel dengan 46 butir berlian potongan brilliant dan berlapis dial mother-of-pearl.

Sejak awal abad ke-20 lagi, Rolex tidak pernah berputus buah fikiran bagi mengkonstruksikan jam tangan yang sesuai untuk digayakan oleh setiap wanita. Sekali gus, dilengkapi dengan standard kecemerlangan yang sama seperti model sebelumnya yang membiaskan sama sisi profil nan spektakuler. Jadinya, jika mahu diungkapan ‘klasik’, ertinya adalah untuk mengejar standard yang tertinggi. Turut sama, mengekalkan tradisi sambil menggabungkan ketepatan, keanggunan dan ketahanan; serta kecantikan beriring prestasi teknikal… Makanya, Lady-Datejust sememangnya, satu karya arloji yang diolah sempurna buat para wanita.

Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan 03.

Pemain piano, Yuja Wang telah menjadi Testimoni Rolex sejak 2009.

Sejak penubuhannya, Rolex senantiasa menunjukkan aspirasi yang besar. Pada awal abad ke-20, rumah arloji ini percaya bahawa jam tangan sebaiknya memanfaatkan teknologi tercanggih lantas boleh dipercayai serta tepat; sama seperti jam saku yakni merupakan jam tangan peribadi standard kala itu. Kebolehan untuk menciptakan mekanisme kecil lagi tepat yang diperlukan untuk seutas jam tangan, adalah satu cabaran yang akan memenuhi visi pengasas Rolex; Hans Wilsdorf. Jam tangan pada saat itu mudah pecah, lalu lebih bersifat seperti barang kemas buat wanita. Namun, Wilsdorf bertekad untuk menawarkan pilihan jam tangan yang moden dan boleh dipercayai kepada wanita seperti mana untuk lelaki.

Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan 05

Dilengkapi dengan hairspring Syloxi dalam silikon, Lady-Datejust dikuasai pergerakan mekanikal automatik kaliber 2236 nan cemerlang.

Pada tahun 1914, satu model Rolex telah menerima pensijilan ketepatan ‘Kelas A’ daripada Balai Cerap Kew di England. Pensijilan ini adalah, sehingga itu, dikhaskan untuk kronometer marin. Berikutan kejayaan cemerlang ini, pada tahun 1957; Rolex melancarkan kronometer yang direka khusus untuk wanita. Seutas arloji dengan ketepatan yang diperakui COSC menampilkan paparan hari, Rolex mempersembahkan barisan Lady-Datejust untuk julung kalinya. Lady-Datejust dilengkapi dengan kaliber 2236, satu mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni binanya menjadikannya sangat tepat dan boleh dipercayai. Kaliber 2236 dilengkapi dengan hairspring Syloxi dalam silikon, dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex.

Selain daripada kualiti intrinsik batu intan dan permatanya, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex.

Hari ini dibentangkan dalam pelbagai variasi, dari cincin bezel berjejalur, berkubah atau berhias tatahan berlian. Lady-Datejust juga diperkenalkan dengan laman dail eksklusif seperti berturapkan butiran berlian atau berlapis mother-of-pearl. Tidak lupa juga, nuansa paparan indeks masa yang ringkas atau berhiaskan permata; juga tampil dalam angka Roman. Kepelbagaian rupa Lady-Datejust menjadikan model ini salah satu model yang paling bervariasi dalam koleksi Oyster Perpetual. Paling utamanya, Lady-Datejust turut ditawarkan dalam berbagai paduan material. Termasuk Oystersteel, dalam emas kuning, putih atau Everose 18 karat. Turut dipaparkan dalam versi Rolesor yang menggabungkan Oystersteel dan salah satu daripada tiga jenis emas (putih, kuning dan Everose).

See also
Si Erotis Merah

Pautan berkaitan: Si Erotis Merah