Obsesi Prada Triangle Bag - Glam Malaysia

Obsesi Prada Triangle Bag

TAK HANYA REKA BENTUK ELEGAN SPORTY, BEG INI JUGA MENYEMATI KEFUNGSIAN. MENJULANG TAKHTA ITEM HANGAT MUSIM INI. 

Salah satu ikon baharu dalam koleksi musim bunga 2022, Prada melanjutkan rekaan beg Triangle yang tentunya akan sempurna melengkapi ragam gaya anda, mulai dari kasual hingga formal. Issa, why not?

Siluet asli dan logo tiga segi Prada, sinonim dengan identiti dan nilai jenama, memainkan peranan utama pada beg Prada Triangle. 

Logo segi tiga yang tersendiri dan dikenali, menggabungkan estetika dan fungsi dengan sempurna. Relevan dan moden, reka bentuknya sempurna mencerminkan kesederhanaan identiti rekaan Prada, memberikan simbol rekaan yang bijak dan merangsang kreativiti jenama tersebut. 

Hal ini pun terlihat nyata dalam wujudnya, hadir dalam bentuk tiga segi yang chic, tali sandang yang tersedia dalam warna-warna kontra. Tersandang pada bahu, nyata memberi impak pada gaya, apalagi kualiti beg diperakui kerana diperbuat daripada material kulit dengan kualiti terbaik. 

Daya tarik utama dari beg ini tentu terletak pada butiran logo yang terpahat pada permukaan beg. Lebih lanjut, elemen multifungsi juga tampaknya tidak luput menjadi kepentingan buat jenama Prada sendiri. Buktinya, tali beg mengadaptasi konsep ‘adjustable’ sehingga menawarkan pemilik untuk melaraskan pembawaan beg mengikut keinginan. Dapat digunakan dalam pelbagai trik mulai dari dijinjing hingga disandangkan pada bahu atau leher. 

See also
Millennial It-Girl: Ofiellia Iskandar

Dipersembahkan buat pertama kali semasa pertunjukan peragaan koleksi lelaki Prada musim bunga 2022, beg dengan sentuhan kontemporari ini memberi kesan yang stylish, bentuknya yang unik dan sifat ringannya yang mengagumkan. 

Terdapat rekaan untuk lelaki dan wanita, diperbuat daripada tanaman hemp, rafia dan kulit Saffiano serta dipertingkatkan dengan zip logam, menyediakan bukaan beg yang luas. Terdapat pouch dengan balutan renda yang boleh dipasang atau ditanggalkan untuk memastikan isi kandung beg tersimpan dengan baik. 

Anda pasti akan mengagumi ruang dalam beg yang telah disediakan memungkinkan item dalam beg tersimpan secara rapi. 

Artikel berkaitan: Kempen Horse and Carriage Buka Lembaran Musim Bunga 2022 Coach