Rawat Bibir Kering Bersama ROUGE COCO BAUME - Glam Malaysia

Rawat Bibir Kering Bersama ROUGE COCO BAUME

Pastikan bibir mungil anda terhidrat dan cantik sepanjang hari. Esensi terbaik bersama ROUGE COCO BAUME pelengkap rutin kecantikan abadi.

Seperti anggota badan yang lain, bibir juga merupakan salah satu bahagian yang wajib dititikberat. Dibelai kerap agar ia tidak merekah atau kering. Lapisan kulit bibir adalah sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Esensi terbaik sudah tentu dengan memilih pelembap bibir yang bersesuaian. Pernah tidak anda terfikir untuk miliki gincu yang punya formula melindungi kulit bibir. Dua dalam satu fungsinya!

Chanel hadir dengan solusi terbaik dalam merawat masalah bibir kering sambil memilih rona tepat sambil menjaga permukaan kulit bibir. Pelembap bibirnya seperti alatan wajib dimiliki wanita kerana setiap kali berada di luar, bibir akan mula kelihatan kering walaupun memakai gincu. Bersama pilihan istimewa ROUGE COCO BAUME anda tidak lagi perlu memilih antara dua kerana koleksi ini menggabungkan dua elemen iaitu pelembap bibir berwarna. Imaginasi bibir terbalut indah bersama pilihan warna kegemaran yang dilindungi rapi.

See also
Monday Blues? 5 Perkara Wajib Anda Miliki Untuk Mulakan Minggu Baru

Kulit pada bibir punya lapisan nipis dan kurang pelindungan secara semulajadi, sebab itulah ia memerlukan penjagaan rapi. ROUGE COCO BAUME punya kandungan aktif seperti shea butter dan ramuan tiga pokok menerusi Hydra Boost Complex iaitu ramuan signature untuk rangkaian ROUGE COCO. Meluncur halus bab sutera pada permukaan bibir dan terhidrasi sepanjang hari.

Pelembap ini punya 6 warna pilihan dan setiap satu lambang bunga yang tumbuh sihat keliling La Pausa. Dari warna merah pusam hingga ke merah jambu terang, ROUGE COCO BAUME mudah diaplikasi dan meninggalkan efek effortless dan neutral. Selepas penggunaan selama 28 hari, permukaan bibir akan tampak lebih lembut, tiada lagi rekahan dan melindungi kulit daripada kering bertahan selama 12 jam. Aktres dan model Lily Rose Depp merupakan wajah kempen  ROUGE COCO BAUME.

Artikel berkaitan Semegah Haruman Le Lion De Chanel