Kisah Cinta koleksi GucciXAriana Papademetropoulos - Glam Malaysia

Kisah Cinta koleksi GucciXAriana Papademetropoulos

A Love Story Presented by Gucci” Koleksi Sempena Valentine’s Day Yang Direka Khas Oleh Visual Artis Ariana Papademetropoulos.

Valentine’s Day yang bakal disambut oleh pasangan seluruh dunia tidak lama lagi. Sambutan ini, jatuh pada bulan Februari yang disambut penuh romantis untuk mempamerkan kisah cinta pasangan. Gucci juga tidak ketinggalan mengeluarkan koleksi design terbaharu limited edition “A Love Story” berkolaborasi dengan visual artis iaitu Ariana Papademteropoulos!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Istimewa untuk hari kekasih tahun ini, koleksi Gucci berkonsepkan cerita cinta untuk mengingati setiap pasangan. Berkonsepkan format novella grafik berteknologi rendah bersama halaman versi digital dan bercetak.

Koleksi ini memaparkan dogeng kecil yang dimainkan oleh Ariana sendiri. Kisahnya, ketika dia mencari cinta yang sesuai dengannya dengan bantuan seorang wira yang ditafsir oleh rakan dan rakan wanita artis Isabelle Albuquerque. Memanfaatkan peranan bercerita sebagai cara yang ampuh untuk menyatakan nilai dan cita-cita, urusan hati cupid menjadi peringatan bahawa cinta menguasai semua perbezaan.

See also
Nicki Minaj Cerus Kontroversi, Bakal Buat Persembahan di Arab Saudi

 

Gucci Valentine's Day

Ariana Papademetropoulos seorang visual artis yang terkenal kerana gemar meneroka kesan psikologi dalaman dan runag domestik. Membangkitkan rasa realiti yang berubah, dia mengambarkan Adegan Hiperreal seperti menangkap pengalaman kebangkitan daripada mimpi yang jelas tetapi sukar difahami. Semasa projek dijalankan, dia bekerja dengan pemasangan dan persekitaran yang diambil oleh Jurugambar, Alenxandra Cabral. Kisah ini dihidupkan melalui satu siri kolaj yang diilhamkan oleh gaya pop surealis 60-an.