Fabulous at 40! Apa Kata Fauziah Latiff

Fabulous at 40! Apa Kata Fauziah Latiff

 

Fauziah Latiff nama yang tidak asing lagi di dalam dunia seni tanah air kita. Beliau seorang yang sangat merendah diri langsung tidak tunjuk sikap diva seperti mana sesetengah selebriti yang sudah punya nama. Pernah menggegarkan arena seni suara tanah air satu masa lalu, Fauziah Latiff dengan panggilan nama Jee memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 1988. Dengan genre lagu pop yang rancak Fauziah dan penari-penarinya ligat mengatur langkah menghangatkan pentas persembahan. Memiliki 16 lagu hit dekad 90-an adalah era di mana dia berada di puncak kerjaya.

 
dadea0c69f6ed57a1fd5b607e86a6afb
 

Tatkala diaju pertanyaan mengenai sikap generasi muda yang mudah melontarkan pandangan sejuk pada artis lama sepertinya, Fauziah tidak melatah. “Mungkin yang beranggapan artis daripada generasi sebelumnya sepi dari sebarang aktiviti seni. Hakikatnya saya masih aktif mengadakan persembahan pentas korporat sejak tidak merakamkan album. Saya tahu ramai peminat yang bertanyakan mengenai kemunculan album baru. Kalau ada masa yang sesuai, saya memang akan kembali ke studio rakaman.”

See also
Minggu Fesyen Milan: Bersama Berdiri Menjulang Wanita Perkasa

 

FABULOUS AT 40 minat menunggang motosikal berkuasa tinggi, membuatkan kulitnya agak tanned. Walaupun begitu, kulitnya nampak sihat dan tegang bak anak dara, membuatkan penulis teruja bertanya bagaimana dia mengekalkan kulit yang sebegini sihat. Jika diamati pasti ramai yang tidak percaya umur penyanyi ini sudah mencecah 43 tahun.Fauziah mengakui rahsia kulit mulusnya adalah hasil rutin kecantikannya menggunakan SK-II. Sejak muda, fauziah amat menitik beratkan kesihatan kulitnya. Dek kerana tuntutan kerjaya, dia tiada pilihan apabila terpaksa menadah muka untuk disolek hampir setiap hari. Keadaan ini boleh merosakkan kulit dan seterusnya mempercepatkan penuaan, namun SK-II menjadi penyelamat. “Penjagaan kulit penting bermula dari usia muda. Janganlah bila dah muncul kedut, baru sibuk menyapu krim. Cantik sahaja tidak ada guna kulit tidak sihat.”

 

Percaya atau tidak, sudah 15 tahun Fauziah bergelar duta kepada SK-II. Bukan calang-calang individu yang mampu berdiri sebaris dengan selebriti bertaraf antrabangsa seperti Cate Blanchett, Koyuki, Haruka Ayase, Qiqi dan Tang Wei. Walaupun hayat sesetengah duta produk ini hanya bertahan setahun dua sahaja di tempat lain, namun berbeza buatnya. Tuah Fauziah lebih menyerlah apabila sehingga sekarang masih diberi kepercayaan sebagai duta SK-II Malaysia. Tidak larut dalam publisiti yang diberikan, ujar Fauziah,”I know I’ve made the right choice and I’m very happy about it. Terima kasih SK-II kerana memberi kepercayaan sepenuhnya pada saya sebagai duta. I am very lucky!

See also
Senarai Selebriti Yang Disahkan Positif COVID-19

 

Bekerjasama dengan jenama ini nyata memberikannya inspirasi untuk menolong wanita lain agar tampil lebih yakin. Untuk mengecap tekstur kulit sepertinya, Fauziah mengesyorkan esen LXP Ultimate Perfecting, serum LXP Ultimate Perfecting, krim Ultimate Perfecting dan krim mata Ultimate Perfecting. Tidak Lupa juga, FT Mask.

 

OBSESI SUPERBIKE Tiada istilah takut. Itulah gambaran yang diberikan Fauziah Latiff bila menyentuh soal obsesinya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Menurut Fauziah, cabaran wujud dimana-mana. Risikonya memang tinggi kerana itu dirinya perlu berhati-hati kala menunggang di jalan raya. Apabila selebriti wanita yang lain sibuk melaram ke salun dan menjaga rupa paras, fauziah pula sebaliknya. “Saya meminati big bikes sebab saya rasa puas bila menunggangnya. Tak dinafikan memiliki motosikal kuasa besar belanjanya tinggi. Kena fikir kos penyelenggaraan manakala aspek keselamatan diri juga perlu dititikberatkan.”

 
.c3a9e0c5dbf82e71e1f00713cb7f5f3e
 
Bangga melihat Fauziah miliki keberanian luar biasa dalam aktiviti yang sehingga kini masih didominasikan kaum lelaki. Terlintas pula di fikiran dalam keseronokan berkonvoi pasti ada yang cuba curi perhatian. Maklumlah empunya badan masih single, terkenal dan cantik menawan. Tetapi Fauziah seperti bijak membaca fikiran terus ketawa apabila ditanya mengenai teman lelaki. “No matter what happens, we all have to move on,” dia mengakhiri bicaranya dan membiarkan persoalan apakah wanita jelita ini masih sendiri atau hatinya sudah dicuri lagi…
 

See also
A-List GLAM: Kim Raymond