Use your ← → (arrow) keys to browse
Kate Middleton dikhabarkan akan melakar sejarah tersendiri selepas lebih sedekad bergelar kerabat Diraja Britain.
Media Britain melaporkan Kate bakal mengambil alih gelaran kehormat Colonel of the Grenadier Guards yang sebelum ini dipegang oleh Putera Andrew.
Gelaran ketenteraan itu dilucutkan oleh Ratu Elizabeth II baru-baru ini selepas putera itu dikaitkan dengan skandal serangan seksual selama bertahun-tahun.
Kate dikatakan menjadi pilihan pertama untuk peranan baharu itu selepas Grenadier Guards, rejimen infantri Tentera British meluahkan keinginan agar jawatan kehormat itu dianugerahkan kepada Duchess of Cambridge.