Coco Crush Naik Seri Dengan Kelibat Jennie - Glam Malaysia
coco crush jennie

Coco Crush Naik Seri Dengan Kelibat Jennie

Jennie yang sudah diangkat menjadi duta Chanel, kini dijadikan pula wajah utama buat koleksu terbaru Coco Crush.

Chanel bijak menfasirkan kemahuan semasa. Paling baru adalah meletakkan Jennie, ahli kumpulan muzik Blackpink sebagai wajah utama koleksi barangan kemas moden mereka. Himpunan Coco Crush yang dibintangi oleh Jennie dipertontonkan dalam ritma yang cukup aman. Selari dengan rekaan Coco Crush yang dicipta ringkas, tidak perlu sentuhan yang dramatik.

Rekaan koleksi barangan kemas Coco Crush oleh Chanel Fine Jewelry Creation Studio mengangkat motif kuilt. Ia sudah menjadi esen paling agung buat Chanel sejak pertama kali diperkenalkan pada bag tangan 2.55. Sejak terlahirnya motif kuilt pada 1955, penggunaannya diteruskan pada koleksi barang kemas ini. Rekaan Coco Crush dengan seni kuilt dicipta lebih lembut dan mempunyai permukaan yang membulat. Setiap garisan kuilt yang berhubung dihasilkan dengan penuh teliti agar nampak mulusnya motif agung ini.

coco crush jennie

Melalui koleksi terbaru ini, Chanel juga bangga memperkenalkan Beige Gold satu rona yang cukup dekat dengan rumah fesyen ini. Penggunaan material beige gold melengkapi material mewah lain seperti emas putih dan emas kuning yang klasik. Ada juga pilihan barang kemas yang kosong dan berberlian. Coco Crush menjanjikan penataan gaya moden kerana bisa dipakai ketika waktu siang mahupun malam.

See also
Parti Meraikan Barocko Bulgari Di Shanghai

Artikel Berkaitan: Legasi Gerald Genta