Datin X: Socialite KL Bertegang Urat, Tak Bertegur Sapa Walau Berselisih Bahu - Glam Malaysia
Socialite KL bertegang urat, tak bertegur sapa walau berselisih bahu

Datin X: Socialite KL Bertegang Urat, Tak Bertegur Sapa Walau Berselisih Bahu

Kalau nak tahu si polan sudah tak ngam dengan si polan, lihat sahaja update terkini kedua-duanya. Bila socialite itu sudah lama tak muncul di socmed yang seorang lagi, sahlah mereka sedang bertikam lidah sesama sendiri. Setuju?

Sejak kita bebas merentas negeri ramai kenalan Datin X termasuk socialite KL berpusu-pusu update percutian mewah mereka di media sosial. Bukan hanya dipenuhi foto-foto kembara, gambar makanan kala dine-in pagi, tengah hari, petang dan malam juga banyak sekali. Acara gilang-gemilang juga turut diadakan seperti sedia kala. Bila sudah boleh keluar, maka haruslah makan- makan atau melepak dengan best-friend- forever kerana selalunya mereka akan make time untuk satu sama lain. Keluar outing menjadi perkara wajib, apatah lagi bila perlu merakam puluhan gambar bersama buat santapan akaun media sosial masing-masing.

Pelik bila Datin Mimi dan Datin Seri Liza sudah tidak lagi sebulu. Mereka antara BFF yang sering bersama, tiap kali parti ulangtahun atau majlis teman-teman rapat, pasti ada sahaja foto mereka bersama. Memang betul lah firasat Datin X, mesti ada yang tak kena bila mereka tak muncul bersama, baik di Instagram Datin Mimi ataupun Datin Seri Liza.

See also
Datuk Nicol Ann David Dikurnia Panglima Jasa Negara

Baru-baru ini, kedua-dua mereka hadir ke majlis berprestij dan seperti yang disangka tiada sekeping gambar pun dimuatnaik bersama dan ini sah menunjukkan mereka masih belum berbaik. Berada di tempat yang sama namun tiada komunikasi dan eye-contact. Sigh, marah betul antara satu sama lain ya? Ramai yang bertanyakan kepada Datin X tentang hal mereka ini namun tiada yang benar-benar pasti apa sebenarnya terjadi. Saat itu, Datin X pun tidak tahu apa sebabnya dan tak mahu masuk campur sebenarnya.

Pautan berkaitan: Datin X: Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula

Minggu lalu, teman baik Datin X beritahu versi ceritanya. Kata Arie, “Apa lagi sebabnya kalau bukan sebab lelaki.” Berdebar jantung Datin X mendengar. Dalam otak sudah berfikir yang bukan-bukan. Suami Datin yang mana satu buat perangai? Kedua-duanya elok terletak, handsome, mengalahkan model walaupun sudah sedikit berusia. Isteri mereka pula tidak kurang hebatnya. Body dan penampilan dijaga rapi. Maklumlah, mereka antara personaliti yang menjadi perhatian dan sering diperkatakan.

Kata Arie, “Apa lagi sebabnya kalau bukan sebab lelaki.”

Bila cerita mereka mendapat sambutan ramai, sedikit demi sedikit kisah rumah tangga Datin Mimi terbuka. Rupanya Datin Seri Liza cuba memberitahu Datin Mimi tentang kecurangan suaminya. Seperti biasa, mulanya Datin Mimi tidak percaya dengan berita yang disampaikan, namun bila bukti sudah di hadapan mata, Datin Mimi tak mampu berkata apa.

See also
Datin X: Persahabatan Toksik Tanpa Sedar

Di sebelah malam, pada hari yang sama, sebaik pulang ke rumah, dia terus bertanyakan hal itu kepada suaminya. Mana nak tahu, suaminya terus berang dan melarang Datin Mimi keluar berjumpa atau berbaik-baik dengan Datin Seri Liza. Panggilan telefon Datin Seri Liza tidak diangkat malah di blocked, What’sApp juga hanya di blue tick. Sudah penat Datin Seri Liza cuba berhubung, satu hari dia mendapat tahu dari kenalan lain alasan kepada tindak tanduk Datin Mimi. Dia pun akhirnya beralah dan menunggu sahaja panggilan dari Datin Mimi.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM DISEMBER 2021

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa