One&Only Desaru Coast – Destinasi Perkahwinan Moden Penuh Eksklusif - Glam Malaysia

One&Only Desaru Coast – Destinasi Perkahwinan Moden Penuh Eksklusif

Berlatarkan kehijauan hutan tropikal dan pantai pasir putih yang memukau, One&Only Desaru Coast menyingkap rahsia selaku destinasi liburan cinta untuk melayari bahtera perkahwinan eksklusif nan ikonik.

Bagaikan sanktuari alam semulajadi, One&Only Desaru Coast terus menjadi destinasi liburan ikonik dengan latar kehijauan hutan tropikal dan keindahan pantai pasir putih yang memukau. Berlokasi di pantai tenggara Malaysia, resort One&Only pertama di rantau Asia ini menawarkan pengalaman ultra mewah buat pengunjung untuk menenangkan diri jauh dari kepesatan kota raya. Bukan sahaja terkenal dengan servis signature, pengalaman kulinari terbaik serta vila bertaraf dunia, One&Only Desaru Coast kini mahu mencipta momen istimewa melayari bahtera perkahwinan impian buat pasangan pengantin.

Ember Beach Club

Bukan sahaja sempurna untuk resepsi perkahwinan moden, One&Only Desaru Coast bisa menyingkap rahsia ‘Secrets of the East’ selaku destinasi eksklusif buat tetamu untuk mengadakan majlis meraikan bakal pengantin, penggambaran perkahwinan, dan juga destinasi bulan madu penuh romantis. Lebih-lebih lagi pada hari ini, majlis berskala kecil kian menjadi alternatif buat pasangan pengantin yang mahu mencipta memori yang lebih intimate dan privasi bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

See also
Sajian - Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa

 

Vila Bertaraf Dunia

Villa One

Menikmati bayu pantai terus dari privasi vila persendirian, One&Only Desaru Coast memberikan pilihan kepada pasangan pengantin dan tetamu lian dengan 42 suite kediaman, 2 grand suite serba mewah serta Villa One yang mempunyai empat kamar penginapan yang eksklusif.

Villa One

Desain setiap ruang penginapan oleh Kerry Hill Architects ini memberikan perhatian kepada setiap perincian dalam membiaskan ciri-ciri tradisi Asia Tenggara, dan setiap vila mempunyai kolam renang, teres dan kamar mandi yang cukup elegan.

 

Syurga Kulinari

Afternoon Tea

Dari citarasa tempatan kepada antarabangsa, One&Only Desaru Coast menyemarakkan lagi momen romantis dengan pengalaman kulinari yang tersendiri. Alami selera eksotik Mediterranean di Ambara, atau terpesona dengan inspirasi tradisi Jepun yang disatukan bersama teknik gastronomi moden di Honshi.

Menu di Essentials & Ember Beach Club

Atau elevasi energi keseronokan bersama pasangan dengan suasana yang lebih relaks di Ember Beach Club, yang turut menampilkan dua buah lagi kolam renang infinity.

 

See also
Sajian - Fiesta Rasa Ili Sulaiman

Manjakan Diri Di Chenot Spa

Chenot Spa

Buat bakal pengantin yang mahu memanjakan diri, Chenot Spa menawarkan pengalaman kesejahteraan diri yang bukan sekadar spa. Ia menggabungkan revolusi sainstifik terkini bersama perubatan alternatif dan Cina yang lebih holistik. Selain itu, tetamu juga boleh membuat rawatan penjagaan kuku bespoke oleh Pedi:Mani:Cure Studio by Bastien Gonzalez.

 

Liburan Romantis 

Palbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan anda di sini. Buat yang gemarkan aktiviti lasak, pasangan boleh cuba pengalaman memanjat pokok, The View From The Top yang memberikan pemandangan kanopi hutan tropikal berlatarkan lautan yang cukup indah. Atau aktiviti riadah dan sukan seperti tenis dan berbasikal di Club One.

 

Destinasi Perkahwinan Impian

Bersaksikan pemandangan laut mahupun hutan tropikal, One&Only Desaru Coast yang mempunyai keluasan128 hektar secara keseluruhan memberikan ajnas lokasi buat apa jua majlis dan acara. Sama ada dewan yang mampu menempatkan sehingga 144 orang tetamu yang lengkap dengan ruang luar dan beranda persendirian, atau juga pilihan perkahwinan pantai yang romantis pasti memberikan pilihan buat bakal pengantin untuk mencipta memori perkahwinan impian.

See also
DÔME KLCC On-The-Park Kini Dengan Wajah Dan Menu Baharu

Selaku lokasi majlis perkahwinan pantai atau ldestinasi berbulan madu penuh romantis, One&Only Desaru Coast boleh menjadi destinasi liburan cinta yang eksklusif dan cukup menakjubkan.

 

Foto: One&Only Desaru Coast

Baca lebih lanjut: Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat