Shakira Bakal Terbitkan Program Realiti Tarian, Dancing With Myself - Glam Malaysia
Shakira Berdepan Hukuman Penjara Lapan Tahun

Shakira Bakal Terbitkan Program Realiti Tarian, Dancing With Myself

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Shakira bukan sahaja dikenali menerusi vokal yang mantap tetapi juga langkah tarian yang mengasyikkan.

Gerak tari Shakira yang unik sentiasa memukau peminat sekali gus menginspirasikan cabaran tarian Girl Like Me yang tular dan meraih kejayaan besar di media sosial.

Penghujung tahun lalu, video nyanyian Shakira dan The Black Eyed Peas itu berjaya mencuri perhatian dunia setelah penyanyi itu mencipta cabaran tarian TikTok untuk peminat mengikuti langkah tariannya yang diinspirasikan daripada pakaian senaman Jane Fonda.