Ibu Berstatus Supermodel Dan Anak Ikut Jejak Langkah - Glam Malaysia
supermodel

Ibu Berstatus Supermodel Dan Anak Ikut Jejak Langkah

Kegemilangan supermodel era 80-an dan 90-an kini diteruskan pula oleh anak-anak mereka. Lima gadis ini membuktikan mereka tidak hanya bergantung pada nama ibunya semata. Mereka ini boleh berdiri sendiri, mencipta nama sebagai peragawati setanding ibu masing-masing.

LILA GRACE MOSS-HACK

Ibunya, Kate Moss adalah supermodel paling terkenal. Maka agar besar kasut yang hendak diisi oleh Lila Grace Moss-Hack untuk mengikut langkah ibunya. Antara kerja yang sudah dilaksanakan oleh Lila termasuklah berjalan buat acara Fendace, menjadi model bersama ibunya di pentas adi busana Fendi musim bunga 2021. Tetapi, debut penting Lila adalah menjadi peragawati buat acara Miu Miu musim luruh 2021. Serta menghiasi kempen wangian Marc Jacobs.

KAIA GERBER

Siapa yang tidak kenal Cindy Crawford! Dia adakah wajah utama buat Pepsi pada era 90-an. Mengikut langkah Crawford adalah Kaia Gerber, anak perempuannya yang sungguh aktif dalam dunia peragaan. Debutnya pada usia baharu masuk 16 tahun sudah berjalan buat pertunjukan Calvin Klein. Pasangan anak beranak ini juga menjadi wajah utama buat Omega. Kaiai Gerber turut mencuba nasib dalam dunia lakonan seperti membintangi rancangan American Horror Story.

ANNA CLEVELAND

Ikon dunia peragaan 70-an, Pat Cleveland sehingga kini masih aktif memegang tanggungjawab sebagai peragawati. Sambil-sambil itu, anakanya juga berselisih bahu dengannya di dalam dunia modelling. Anna Cleveland mempunyai aura elegan seperti ibunya. Pasangan anak beranak ini punya karisma yang cukup bertenaga ketika melangkah di pentas peragaan. Anna sejak usia 5 tahun sudah beraksi di pentas peragaan seperti Moschino bersama ibunya.

GEORGIA MAY JEGGER

Jerry Hall menjadi wajah kempen buat Chanel untuk musim bunga 2009. Selang beberapa tahun, anaknya Georgia May Jagger juga beraksi buat Chanel. Mereka berdua mempunyai rambut perang yang cukup mempersonakan. Tetapi, gigi jarang yang dimiliki oleh Georgia membuatkan senyumannya lebih ikonik dalam dunia peragaan. Anak bongsu Jerry Hall dan Mick Jagger ini mempunyai klien seperti Victoria’s Secret, Fendi dan Miu Miu.

LILY-ROSE DEPP

Bapanya adala Johnny Depp, ibunya pula adalah Vanessa Paradis. Dua individu yang mempunyai aura sensual tersendiri. Maka terpancar pada Lily Rose-Depp. Chanel menjadi tempat penting buat Lily dalam mengemudi kerjayanya sebagai peragawati. Pertunjukan Chanel Metiers d’Arts 2016 adalah pentas peragaannya yang pertama. Terus dia diangkat menjadi duta buat Chanel, setanding dengan ibunya.

Pautan Berkenaan: Tuah 7 Puteri Purba Ulek Mayang Buat Lishalliny Kanaran