Puteri Aishah & Muhammad Firdaus Selamat Disatukan - Glam Malaysia
Puteri Aishah & Muhammad Firdaus Selamat Disatukan

Puteri Aishah & Muhammad Firdaus Selamat Disatukan

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bagai pinang dibelah dua, itulah ungkapan sempurna untuk menggambarkan Puteri Aishah dan Muhammad Firdaus yang telah selamat bergelar suami isteri.

Majlis pernikahan Puteri dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dilangsungkan di Ballroom JW Marriot, Kuala Lumpur pada jam 11.15 pagi semalam.

Pelakon berusia 27 ini menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki yang dibalas dengan tujuh dulang. Wang hantaran kekal menjadi rahsia atas permintaan keluarga.