Use your ← → (arrow) keys to browse
Nama Emily Ratajkoswski jarang dikaitkan dengan kontroversi sejak melibatkan diri dalam industri hiburan pada 2012.
Emily mula mencuri perhatian dunia setelah muncul dalam video muzik Love Somebody oleh kumpulan Maroon 5 pada 2013 dan Blurred Lines oleh Robin Thicke setahun kemudian.
Model ini kemudian ditawarkan beberapa watak dalam rancangan televisyen dan filem, namun yang paling menjadi perhatian adalah peranannya dalam filem Gone Girl di samping Ben Affleck.
Dia juga dikenali sebagai salah seorang selebriti yang lantang memperjuangkan hak serta isu berkaitan feminisme dan kesihatan wanita.