Gucci Love Parade: An Ode To Hollywood's Misfits - Glam Malaysia
gucci love parade

Gucci Love Parade: An Ode To Hollywood’s Misfits

Hollywood Boulevard menjadi persada acara koleksi baharu Alessandro Michele, Gucci Love Parade!

Hollywood, sembilan huruf yang penuh dengan dambaan. Dunia yang menjanjikan pelbagai impian. Lokasi yang menhimpunankan segala karakter yang diidolakan oleh manusia. Inilah yang membuahkan idea kepada Alessandro Michele untuk menghasilkan satu koleksi baharu di Gucci. Dinamakan Gucci Love Parade, ia adalah satu himpunan yang mengabungkan karakter yang bercanggah, selari dengan Hollywood. Satu tempat yang cukup unik, diabadikan oleh Gucci buat satu koleksi yang indah.

Dalam nota yang disediakan oleh Gucci, Hollywood juga diambil sebagai tunjang idea atas sebab ibu Michele juga. Bondanya itu pernah bekerja sebagai pembantu di set filem. Dan, sering kali berkongsi kisah-kisah menarik tentang Hollwyood kepadanya. Bintang-bintang Hollywood ini hidupnya bagaikan satu fantasi. Juga dilihat oleh Michele sebagai satu destinasi yang mampu mengubah impian menjadi realiti. Kisah ibunya ini dirujuk buat koleksi baharu ini.

Sepanjang Walk of Stars tersusun dengan kerusi buat para tetamu yang dijemput hadir. Gwyneth Paltrow hadir dalam sut merah yang direka semula oleh Michele seakan sut merah Tom Ford buat Gucci. Duta wangian Gucci, Miley Cyrus turut menghiasi front row bersama Lizzo. Bukan sahaja front row yang gemilang dengan kelibat bintang Hollywood. Malahan, runwaynya juga dihiasi oleh pelakon-pelakon prolifik Hollywood. Ada sahabat baik buat rumah Gucci, Jared Letto berjaket kelabu dan seluar cowboy putih. Macaulay Culkin pula menyarung baju sutera corak pantai.

See also
Alessandro Michele Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Terbaru Valentino

Sekian lama hanya mempertontonkan koleksi baharu melalui filem fesyen, ini menjadi momen penting buat Gucci juga dunia fesyen. Ini satu mimpi yang bertukar menjadi realiti buat Michele. Hollwyood adalah medan yang sebaiknya untuk restart!

Pautan Berkenaan: BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia