GLAM Persona: Mimi Lana Rewriting Her Script - Glam Malaysia

GLAM Persona: Mimi Lana Rewriting Her Script

MIMI LANA BUKAN SAHAJA MENJADI PERHATIAN KERANA BAKAT SENINYA. MALAH RUPA, FIZIKAL YANG CANTIK LAGI DIANUGERAHKAN TUBUH TINGGI LAMPAI TURUT MELENGKAPKAN PAKEJ SEORANG ANAK SENI PERSIS MODEL ANTARABANGSA. MELIHAT KERJAYA LAKONANNYA YANG KIAN MENYINAR, MIMI LANA MEMASANG IMPIAN UNTUK MEMBINTANGI LAYAR PERAK ANTARABANGSA.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM GAMBAR: AARON LEE/LENSWORKS STUDIO SOLEKAN: KHIR KHALID DANDANAN: CKAY LIOW BUSANA: LONGCHAMP

glam mimi lana

MIMI LANA DALAM DRESS DAN BOOTS LONGCHAMP

Pertama kali tampil menghiasi sampul hadapan GLAM pada isu GLAM Next Gen Edisi 2018, disamping Julia, Alicia dan Rubini. Mimi Roziana binti Zainal Abidin, 26, lebih dikenali dengan nama pentasnya Mimi Lana adalah seorang seorang peragawati juga merangkap aktres lokal yang kian menyinar. Lakonan mantap Mimi menerusi Neraka Kasih Maisarah berjaya menempatkan dirinya sebagai pesaing bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pada malam Anugerah Skrin ke-23. Tidak lupa juga, kemunculan Mimi membintangi filem pertamanya Pusaka yang meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan. Langsung, pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM11 juta selepas 18 hari tayangan. Mimi Lana bukan sahaja menjadi perhatian kerana bakat seninya. Malah rupa, fizikal yang cantik lagi dianugerahkan tubuh tinggi lampai turut melengkapkan pakej seorang anak seni juga persis model antarabangsa. Mengambil lokasi di Bukit Kiara Equestrian And Resort, GLAM merencanakan penggambaran kulit hadapan yang menampilkan Mimi Lana berseorangan ditemani kuda putih dalam ceraian persalinan musim luruh kreasi Longchamp.

See also
The Row Menampilkan Model Berusia 30 Tahun Ke Atas Untuk NYFW

Bercerita lanjut bermula dengan latar belakang Mimi, penulis berpendapat Mimi Lana adalah seorang wanita yang bijak berdikari dalam mengatur lalu menstabilkan kehidupan peribadi. In fact, she’s a true hustler. Bergurukan pengalaman, Mimi tidak pernah penat untuk menekuni selok-belok kehidupan bermula pada usia yang agak muda. Mimi juga senantiasa membuka peluang untuk dirinya mempelajari lalu memperbaiki diri. “Mimi berasal dari Taiping, Perak. Kesemua keluarga Mimi masih di Perak. Hanya saya berseorangan saja di sini. Mimi merupakan anak tunggal perempuan dan merupakan anak kedua dari tiga beradik. Saya berpunya seorang abang dan adik lelaki. Mendapat pendidikan dari Sekolah Kebangsaan Rendah Seri Aman, kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin. Namun, Mimi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja lalu memilih untuk berhenti menghadiri persekolahan kala usia mencecah 15 tahun. Ini kerana saya lebih senang untuk mencari sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada keluarga,” terang wanita berketinggian 1.78 m ini.

GLAM MIMI LANA

JAKET LONGCHAMP

I’M A SURVIVOR 

See also
Lady Gaga Beri Sejuta Sebab Beliau Adalah Ratu Muzik

“Sejak zaman persekolahan lagi saya sudah terbiasa untuk mencari kerja sampingan seperti job model sambilan; lalu ulang alik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemudian baru terpikir untuk menetap sepenuh masa di Kuala Lumpur. I’m a survivor — a living example of what people can go through and survive. Saya datang kemari sendirian. Semua, perkara dilangsaikan sendiri, saat usia 15 tahun lagi. Waktu itu Mimi tumpang menginap di rumah sewa milik teman ibu selama setahun. Selepas itu saya kembali ke Alor Setar untuk melanjutkan Sijil Kemahiran Sistem Komputer dan pada usia 18 tahun, Mimi kembali ke Kuala Lumpur. Waktu itu, selain menjadi model, Mimi juga buat kerja sampingan untuk menyara kehidupan seperti bekerja di kedai baju dan hotel,” kata Mimi tanpa ada rasa malu.

Baca lanjut dalam GLAM November 2021

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021