Use your ← → (arrow) keys to browse
Penampilan kerabat Diraja Britain terutama Kate Middleton di tayangan perdana filem terbaharu James Bond, No Time To Die mencuri perhatian.
Kate dan Putera William hadir menemani Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall yang dijemput sebagai tetamu kehormat di acara yang berlangsung di London dua hari lalu.
Duchess of Cambridge tampil persis bintang filem dalam gaun rona emas sarat perincian rekaan Jenny Packham yang dianggarkan bernilai lebih RM15,000.
Penampilannya yang memukau berjaya mencuri tumpuan hadirin termasuk Ejen 007, Daniel Craig yang sempat memberi pujian, “You look jolly lovely!”