#EVERYDAYJOURNEY, Kembara FOPE Penuh Keagungan dan Selebrasi - Glam Malaysia

#EVERYDAYJOURNEY, Kembara FOPE Penuh Keagungan dan Selebrasi

FOPE HADIR SEBAGAI PERWUJUDAN SEMANGAT KEBEBASAN WANITA MASA KINI. TIAP REKAAN MERUPAKAN KREASI IKONIK SEKALIGUS PELOPOR PADA KATEGORI INI.

 

Penjelajahan FOPE dalam dunia pertukangan emas tak tertandingi, dengan desain yang berani, sehingga menciptakan keunggulan dari masa ke semasa. Perhitungan FOPE dalam mengeksplorasi koleksi, terbukti mencemerlangkan FOPE, jenama berasal dari Itali ini mendominasi hebat sehingga dikenali di seluruh dunia. Setanding dengan jenama perhiasan mewah lain dalam mempersembahkan perhiasan bernilai seni tinggi, terutama kepada para pengagumnya. 

Ibu pejabat FOPE dan fasiliti produksi berpusat di Vicenza, Itali, yang diasaskan sejak 1929.

Kekukuhan FOPE kekal stabil dan bangganya setiap rekaan dihasilkan sendiri oleh pasukan kreatif FOPE dengan lebih daripada 50 negara di dunia yang menawarkan koleksi FOPE. 

 

 

Meskipun, saban tahun menjulang keunggulan idea gaya Itali, FOPE menjanjikan mutu pembuatan berkualiti. Turut mewujudkan komposisi seni yang menyematkan energi wanita FOPE. Pada masa yang sama, DNA FOPE telah direalisasikan oleh perwujudan spirit kebebasan, bergabung sentuhan kreatif. 

Penginovasian FOPE dalam lapangan perhiasan makin perkasa, lalu menghasilkan komponen perhiasan yang menjadi karya seni sempurna, abadi dan unik. Selaras dengan visi pengasas yang diterjemahkan oleh jenama ini. 

See also
Millennial It-Girl: Kim Raymond

Kecantikan abadi dan tawaran konstruksi luar biasa dipersembahkan ke dalam koleksi taruhan FOPE saban musim, yang mengedepankan makna Factory of Jewellery Precious Export. 

Diinspirasikan sepenuhnya dari idea gaya wanita Itali, FOPE melengkapi aksesori ikonik untuk wanita yang berani dan moden kontemporari. 

Ikon desain FOPE yang berkarakter distingtif, iaitu Novecento gold mesh chain pula berjaya mencetus inovasi gaya. 

Namun, disebalik ikon desain, terdapat ‘wira’ sebenar yang harus FOPE temukan dengan bangganya iaitu koleksi Flex’it. Koleksi Flex’it mencapai tingkat baru FOPE dalam penguasaan ‘fine jewellery’ dan mengekspresikan kreativiti berani melalui inovasi rekaan. 

Koleksi Flex’it digarap dari rekaan klasik era 50-an, seterusnya memperkenalkan cara baru memakai barang kemas. Koleksi ini mempertaruhkan rangkaian gelang dan cincin emas bersifat fleksibel, merupakan hasil ciptaan yang unik dan mempunyai “patent”.

 

TEMA JOURNEY

Tema ‘Journey’ dipilih sebagai fokus FOPE sebagai ilham utama mengkarya koleksi tahun 2021 dan 2022. Dengan desain yang khas dan menakjubkan, perhiasan baru FOPE menjadi pilihan bagi mereka yang memandang dunia lebih luas. Tanpa sempadan. Berfikiran jauh. 

See also
Gelagat Boling Mariah Carey & Teman Lelakinya!

Tema ‘Journey’ mengetengahkan simbol wanita FOPE pelbagai karakter dan budaya. Visi yang luas ini diwakili oleh wanita FOPE yang memiliki keunikan tersendiri. 

Ringkasnya, wanita yang sentiasa ke hadapan, universal, bertenaga, praktikal namun eklektik dan paling utama, sofistikated,” kongsi CMO, Marilisa Teantini Cazoola. 

Visual #EverydayJourney menunjukkan sisi versatil perhiasan FOPE, berdampingan dengan tujuan pemakaiannya yang sempurna untuk apa jua gaya dan acara. Citra kempen mengisahkan perjalanan jenama, lalu mengolah semula makna mewah juga kewanitaan dalam konteks masa kini. 

 

SENTUHAN ‘EVERYDAY LUXURY’

Fokus FOPE untuk 2021 adalah Essentials, rangkaian cincin dan anting-anting emas 18 karat garapan ilham rantai FOPE Novecento mesh chain yang direka untuk digayakan bersama perhiasan FOPE lain. Menyuntik sifat universal, Essentials adalah simbolik kepada DNA FOPE. Iaitu aksesori yang versatil, menjadi daya tarikan semua golongan usia dan personaliti. 

Tema gaya ‘Everyday Luxury’ ditemukan pada pengelaborasian rekaan pada tiap perhiasannya, termasuk Essentials. Menurut kata pengurus produk, Claudia Piaserico, “Elemen-elemen pada rantai Novecento dijadikan inspirasi dalam membentuk tema ‘Everyday Luxury’. 

See also
GLAM First: Prada Fall/Winter2022

GLAM mencadangkan aksesori Essentials, misalnya anting-anting atau cincin dipakai berasingan atau dilapisi bersama. Untuk menonjolkan kreativiti, malahan mengetengahkan elegansi dan keanggunan melalui pelbagai cara. Tidak mengira tujuan atau tema gaya yang mahu dipamerkan.

 

PERSEMBAHAN PANORAMA

 

Koleksi Panorama, satu lagi selebrasi FOPE dalam meraikan kemewahan yang tidak ketara. Seringnya menjadi perjuangan FOPE menghasilkan deretan perhiasan sebagai ‘statement piece’ dengan sentuhan anggun khusus gaya peribadi. 

Perhiasan 18 karat gold mesh direka dengan struktur gaya Novecento yang berukuran baharu, terlihat berkelas, namun tetap menekankan aspek keringkasan. Olahan ini memberi sematan gaya yang lebih estetik serta berukuran lebar. Faktor baharu ini memberikan keselesaan, terasa nyaman saatnya menyentuh kulit. 

Disebalik kecemerlangan Panorama, proses untuk menyiapkan sesuatu rekaan itu bukanlah mudah. Tampak ringkas, namun ketelitian menjadi pangsi utama. 

Tidak hairanlah, FOPE, menonjol sebagai jenama yang berjaya dalam industri barang kemas dunia. 

Perkembangan jenama FOPE berlanjut, dengan pembukaan butik flagship pertama di Asia yang bertempat di SUEN, Jalan Maarof, Bangsar. 

#FOPE