Semangat Sukan #MKGO, Koleksi Pilihan Semarak Gaya Musim Luruh - Glam Malaysia

Semangat Sukan #MKGO, Koleksi Pilihan Semarak Gaya Musim Luruh

Koleksi MKGO, taruhan Michael Kors sempena menyambut musim baru, koleksi yang menawarkan rekaan dan aksesori kasual dan inspirasi fesyen atletik untuk wanita masa kini. Terutamanya, yang menggemari paduan gaya sukan, tanpa menyingkirkan aspek stail terhadap pemakaian.

#MKGO, gaya yang mesti dimiliki dedikasi kelompok jetsetter khasnya, mengolah gaya yang segar dan kebaharuan. Yang sempurna digaya pabila melancong ke destinasi tujuan selepas sempadan dibuka semula. Antara rekaan yang menarik, dress kait fabrik selesa, seluar panjang praktikal, dan variasi helaian sukan untuk wanita seperti legging, joggers, kemeja T, dan kemeja kasual. 

 

 

Koleksi yang memfokuskan kepada warna jingga yang bertenaga dan cetakan rona brown yang merupakan identiti gaya Michael Kors. Warna-warna tersebut meliputi hampir keseluruhan rekaan. Dengan berbalas motif logo MK yang cukup menonjol. Ternyata, Michael Kors kekal dengan trend logomania, yang mana berterusan menjadi kesukaan para fesyenista. 

#MKGO musim luruh 2021 memenuhi kehendak akan pakaian multifungsi yang praktikal dibawa saat liburan. Khusus musim ini, rekaan sporty dan siluet asas yang tidak gentar serta koleksi yang lebih glamor, dirancang khusus untuk menjadikan anda titik perhatian di pesta-pesta akhir tahun. 

See also
5 Instagram Pempengaruh Digital Fesyen Perlu Follow Bulan Ini

Beg SOHO yang termaktub menjadi kegemaran dan beg galas Hudson kembali khas musim ini yang bisa digayakan untuk gaya airport chic. Dan sangat mudah dikenakan dengan gaya peribadi masing-masing. Sepatu Olympia Extreme dan but Keke Extreme juga antara aksesori utama, kedua-duanya dipertingkat dengan butiran tambahan ‘bubble outsole’. Reka bentuk yang kukuh, serta dekorasi yang ditata sangat estetik, dua sepatu tersebut memenuhi cita rasa wanita aktif dan always on the go. 

 

#MKGO

#MichaelKors

Artikel berkaitan: Bottega Veneta Salon 02: Misteri dan Mewah