Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York - Glam Malaysia

Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York

Kumpulan muzik lokal, Dolla mengikut jejak langkah Yuna dan Layla Sania selaku bakat Malaysia yang ketiga berjaya menghiasi papan digital ikonik di Times Square New York.

Bakat Malaysia terus bersinar terang di pentas muzik  antarabangsa. Kini, giliran kumpulan lokal, Dolla pula untuk mengikut jejak langkah Yuna dan Layla Sania selaku bakat Malaysia ketiga yang berjaya menghiasi papan digital ikonik di Times Square New York di Amerika Syarikat.

Dolla terpilih untuk kempen EQUAL untuk laman penstriman muzik utama, Spotify. Mereka mewakili Malaysia dan Singapura dalam program Spotify’s EQUAL Singapore & Malaysia yang akan membariskan artis wanita dari seluruh dunia untuk playlist Woman Power yang akan dipromosikan di papan digital Times Square New York. Sehingga kini, terdapat 35 artis dari 50 negara yang menyertai kempen ini.

Dolla yang diwakili oleh empat wanita muda yang penuh bakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya and Angel berasa sangat teruja apabila mengetahui berita kumpulan mereka telah berjaya menghiasi papan digital ikonik tersebut.

See also
Beanie Baby Bertemakan Biru, Penghormatan Buat Ratu Elizabeth II

“Tiada perkataan dapat menggabarkan perasan kami sekarang. Ini adalah satu penghormatan untuk kumpulan penyanyi yang baharu diasaskan seperti kami dan kami berharap akan terus memberikan yang terbaik buat peminat kami,” kata Sabronzo yang mewakili ahli kumpulan yang lain.

Kumpulan muzik ini telah diasaskan pada 2019 dan terkenal dengan lagu-lagu rancak dan gerak tari yang memukau. Mereka juga sentiasa melangkah dengan stail fesyen yang berani dan tersendiri. Antara lagu hit mereka termasuklah ‘Dolla Makes You Wanna’, ‘Impikan’ dan ‘Watch Me Glow’.

Bintang antarabangsa, Yuna pernah menghiasi antara papan digital paling popular dan ikonik di dunia itu bukan sekali, tetapi tiga kali sebelum ini. Manakala, Layla Sania pula terpilih untuk kempen Spotify yang sama pada Julai tahun ini.

Foto: Universal Music Malaysia

Baca lebih lanjut: DÔME KLCC On-The-Park Kini Dengan Wajah Dan Menu Baharu