Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach
Coach mempertaruhkan koleksi yang menggabungkan ceraian outdoor dan indoor dalam satu penataan gaya baharu digelar Creature Comfort buat musim luruh 2021.
Orang fesyen sekarang lebih terbuka menerima pendekatan timeless. Tidak lagi habiskan wang dalam membeli baju-baju yang mengikut musim. Trend fast fashion yang bertahun-tahun hidup di dunia, makin dilupakan. Generasi baru tidak takut untuk mendapatkan helaian lama untuk dipakaikan semula. Atau membeli sesuatu yang tidak bermusim. Pendekatan ini membuatkan Stuart Vevers memperkenalkan Creature Comfort. Misi gaya baru ini bukan sahaja menggabungkan ciri klasik, kini dan masa hadapan. Malah, ia bijak memadukan ceraian aktiviti luar dengan apa yang kita sarung tatkala berada di dalam rumah.
Coach mendidik kita untuk mencipta nostalgia sendiri. Tatkala dunia makin sihat, kita sudah mula keluar daripada rumah sedikit demi sedikit. Makanya, idea gabungan ceraian rumah dan luar menjadi taruhan penting. Sifat gaya Coach Forever Season Two ini kuat pada siluet yang selesa. Tidak perlu helaian yang dramatik, kerana gaya itu masih dikira lapuk sekarang ini. Terus meraikan momen lalu, ada juga cerain lepas-lepas yang terus diraikan buat koleksi baru ini. Seperti baju kait biru dengan motif Rexy yang digayakan oleh Tavi Gevinson, menyuntik memori Vevers ketika pada awal dia menyertai Coach.
ROGUE KEMBALI MENAKLUKI CARTA IT BAG!
Pertama kali beg Rogue diperkenalkan pada 2016, ia terus menjadi satu beg kegeraman Stuart Vevers. Beg ini menggabungkan karakter yang free-spirit, rebel dan dreamer. Sebaris dengan intipati Coach Forever ini, Vevers mahu mengembalikan beg Rogue pada khalayak. Cuma kali ini, beg Rogue diperbuat menggunakan material yang mendukung kelestarian alam sekitar. Beg Coach yang menggunakan Signature Jacquard diperbuat daripada material organik dan yang dikitar semula. Serta ditenun menggunakan perincian musim luruh. Ia yang hadir dalam tiga saiz berbeza turut menawarkan gaya dalam tiga stail yang berlainan.
The Rogue is perhaps my favorite bag that I’ve designed at Coach. Ia menggabungkan warisan, offbeat attitude dan gaya Amerika yang autentik lantas memberi simbol sempurna pada visi saya buat rumah fesyen ini.
Stuart Vevers
Kini boleh beli-belah melalui laman e-dagang di http://malaysia.coach.com atau menggunakan Coach on Delivery, servis penghantaran ke rumah secara percuma.
Pautan Berkenaan: Tema Kekeluargaan COACH