Beyonce Berantai Berlian 128 Karat Buat Kempen Tiffany - Glam Malaysia
beyonce tiffany & co

Beyonce Berantai Berlian 128 Karat Buat Kempen Tiffany

Music royalty, Beyonce dan Jay-Z dijemput menjadi penghiasi kempen Tiffany & Co. yang bertajuk About Love bercitra evolusi terbaru jenama berlian unggul New York ini.

Apabila dua entiti bergabung, ia mencipta satu ombak yang cukup kuat. Membuatkan semua terpana melihat keindahan itu. Mungkin ini boleh disimbolkan apabila Beyonce juga suami tercinta, Jay-Z disatukan oleh Tiffany & Co. buat kempen baharu mereka. Pasangan music royalty ini memberikan aura About Love yang menjadi paksi kempen baharu oleh jenama berlian asal Amerika Syarikat. Mr. and Mrs. Carter dirakam dalam barang kemas ikonik Tiffany & Co. berbalas dengan seni lukis oleh Jean-Michel Basquiat. Uniknya kisah tentang lukisan bertajuk Equals Pi itu adalah kali pertama dipertontonkan buat umum. Sebelumnya, lukisan ini adalah satu item milik peribadi. Pemilihan lukisan ini membawa arus perubahan Tiffany & Co. dalam identiti baharu berserta kisah visi cinta yang bersifat kepelbagaian.

BEYONCE DAN JAY-Z

Melalui kempen ini, Beyonce disarungkan berlian Fancy Yellow yang sebelum ini hanya pernah dipakai oleh selebriti penting dunia seperti Audrey Hepburn. Rantai dengan 128.54 karat telah ditemui pada 1877 di Kimberley Mine terletak di Afrika Selatan. Pengasas Tiffany & Co., Charles Lewis Tiffany telah membeli berlian asli ini pada 1978. Suami Beyonce pula menyematkan kerongsang ikonik Bird on a Rock rekaan Jean Schlumberger pada jaketnya. Schlumberger adalah pereka barang kemas terkenal era 60-an dan 70-an.

See also
Bertemakan Winter Flowers Garapan Giorgio Armani Musim Luruh 2024

Sebagai tanda momen penting ini, pasangan ini menghasilkan satu video bersama. Beyonce menyanyikan semula lagu Moon River yang terkenal melalui filem Breakfast at Tiffany’s. Jay-Z pula merakam video menggunakan kamera Super 8. Filem mini ini diarahkan oleh Emmanuel Adjei. Kempen gambar pula oleh lensa Mason Poole dan penata gaya paduan antara June Ambrose juga Marni Senofonte.

Pautan Berkenaan: Caro chia, Bereksperimen Dengan Seni Arca