Nicki Minaj Cuba Merasuah Mangsa Kerakusan Suami Sebanyak RM2 Juta - Glam Malaysia
Nicki Minaj Cuba Merasuah Mangsa Kerakusan Suami Sebanyak RM2 Juta

Nicki Minaj Cuba Merasuah Mangsa Kerakusan Suami Sebanyak RM2 Juta

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Baru dua tahun bergelar suami isteri dan kurang setahun menimang cahaya mata pertama, timbul satu kontroversi memalukan mengenai Nicki Minaj dan Kenneth Petty.

Dua hari lalu, tular berita yang mengatakan Nicki dan Kenneth disaman oleh seorang wanita yang hampir menjadi mangsa kerakusan suaminya pada 1994.

Menurut wanita itu, Nicki dan Kenneth cuba merasuahnya supaya menarik balik tuduhan serangan seksual yang dilakukan suaminya hampir 30 tahun lalu.