“Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Saya” - Mira Filzah - Glam Malaysia
“Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Saya” - Mira Filzah

“Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Saya” – Mira Filzah

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saat Amyra Rosli membuat penampilan sulung sebagai pengacara baharu Nona semalam, Mira Filzah membawa peminat menyelusuri perjalanannya mengendalikan program itu selama hampir empat tahun.

“Minggu lalu adalah episod terakhir saya bersiaran untuk Nona 2021. Alhamdulillah. Saya memulakan penggambaran episod pertama Nona pada Disember 2017, dan episod akhir pada Julai 2021,” tulis Mira di Instagram.

Akui pelakon Sweet Dreams ini, kontraknya berbaki lima bulan lagi namun dia akur apabila ia ditamatkan lebih awal. Amyra Rosli diumumkan sebagai penggantinya menerusi satu sidang media maya pada hujung Julai lalu.