Use your ← → (arrow) keys to browse
Henry Golding kini sedang sibuk menawan Hollywood dan mempromosikan filem terbaharunya, Snake Eyes.
Namun ini tidak menghalang Henry untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap isu yang semakin membimbangkan di tanah kelahirannya iaitu kes bunuh diri.
Sejak pandemik Covid-19 melanda awal tahun lalu, ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan kini, masalah kesihatan mental serta kes bunuh diri mencatat peningkatan hari demi hari akibat tekanan hidup.
Disebabkan itu, Henry berasakan penting untuknya bercakap mengenai isu ini secara terbuka dan menggesa orang ramai untuk bertanya khabar rakan-rakan dan ahli keluarga.