Tip Penjagaan Kereta Dengan Servis Tanpa Sentuh - Glam Malaysia

Tip Penjagaan Kereta Dengan Servis Tanpa Sentuh

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam situasi yang tidak menentu hari ini, Cycle & Carriage menawarkan tip penjagaan kereta dengan servis tanpa sentuh dalam mengurangkan risiko kesihatan dan keselamatan.

Hari ini, kesihatan menjadi keutamaan buat semua. Dan dalam situasi yang tidak menentu ini, kereta juga memerlukan perhatian dengan servis penyelenggaraan untuk mengelakkan kerosakan pada masa hadapan. Oleh itu, Cycle & Carriage menawarkan servis penjagaan kereta tanpa sentuh buat Mercedes-Benz dalam mengurangkan risiko kesihataan dan keselamatan.

Berikut adalah 4 tip penjagaan Mercedes-Benz dengan servis tanpa sentuh oleh Cycle & Carriage:

Drop & Go

Kesibukan kerja dan tidak mempunyai masa selalunya menjadi punca ramai yang tidak menghantar kereta Merc ke Autohaus Cycle & Carriage ketika waktu operasi. Oleh itu, mereka memperkenalkan servis Drop & Go yang mudah dan pantas. Anda hanya perlu memandu ke Autohaus Cycle & Carriage dan meninggalkan kereta dan kunci di ruang servis Drop & Go. Apabila kereta Merc sudah siap diselenggara, pemandu akan diberikan notifikasi oleh wakil Cycle & Carriage nanti.

See also
4 Kepercayaan & Diet Kesihatan Pelik Novak Djokovic