Use your ← → (arrow) keys to browse
Persahabatan yang terjalin antara dua supermodel, Naomi Campbell dan Kate Moss bagaikan isi dengan kuku.
Naomi dan Kate hakikatnya mempunyai banyak persamaan. Mereka memulakan kerjaya peragaan pada usia remaja, mempunyai hubungan percintaan berprofil tinggi, memiliki nilai kekayaan mengagumkan (Naomi RM329 juta, manakala Kate RM288 juta) dan satu lagi persamaan baharu, kedua-duanya bergelar ibu!
Namun perhubungan akrab selama berdekad-dekad juga boleh mencetuskan persaingan, terutama apabila mereka sama-sama terlibat dalam salah satu bidang paling kompetitif di dunia. Persoalannya, wujudkah persaingan antara mereka?