Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor - Glam Malaysia

Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor

Selepas sukses melancarkan koleksi Wardrobe 01, kini terus gah melahirkan pula himpunan Wardrobe 02 Bottega Veneta. Masih dengan berakarkan ceraian harian, himpunan daripada koleksi ini cukup menjulang rasa keselesaan. Mungkin boleh dilabelkan sebagai pengganti couture, kerana pasaran pakaian harian dan ceraian baju di rumah kini semakin besar! Bottega Veneta pula bijak dalam mencuri tumpuan dengan gubahan yang cukup moden. Terima kasih kepada Daniel Lee, selaku pengarah kreatif muda di jenama asal Itali ini. Tidak lagi berteduh pada ceraian klasik yang bosan, himpunan Wardobe menerbitkan karisma yang tersendiri. Indah dalam pemilihan fabrik, palet dan perincian yang mencipta rencah lebih glamor buat gaya harian ala Bottega Veneta.

Wardrobe 02 Bottega Veneta ini masih kekal sebagai satu esen yang melengkapkan almari fesyen, tidak terikut mana-mana trend semasa. Daniel Lee mahukan ia ceraian yang easy-to-wear dengan punya kejutan tatkala menyarungkannya. Jelas pada penggunaan rona yang lebih punch! Ada selingan rona hijau neon berbalas dengan biru langit yang nyaman. Pastinya, ada ceraian yang berona lebih bersifat tradisional seperti coklat dan hitam. Cetusan rona yang indah-indah ini adalah injek fesyen yang diberikan melalui koleksi harian oleh Bottega Veneta. Seperti, baju dan seluar biru inkwell yang diperindahkan dengan perincian bulu buru sarat sepenuhnya. DNA himpunan ini jelas mencerminkan rasa sofistikated dalam versi lebih moden.

See also
Minggu Fesyen Milan: Bersama Berdiri Menjulang Wanita Perkasa

AKSESORI YANG HANGAT DI WARDROBE 02 BOTTEGA VENETA

Pautan Berkenaan: Dior Micro Bags Mencipta Fenomena Baharu