Resipi Puding Roti Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro - Glam Malaysia

Resipi Puding Roti Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Kala ‘lockdown’ di rumah, cuba resipi Puding Roti yang mudah, cepat dan menyelerakan dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro Samsung baharu sebagai solusi dapur moden hari ini.

Bermula 1 Jun 2021, kerajaan Malaysia telah mengumumkan perlaksanaan ‘total lockdown’ selepas peningkatan jumlah kes aktif dan juga kematian disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19. Dengan perintah kawalan pergerakan terbaharu ini, pasti ramai yang akan kembali bekerja di rumah sepenuh masa. Dan sudah tentu ramai akan mengambil peluang ini untuk mencuba resipi pemanis mulut yang mudah, cepat dan menyelerakan seperti Puding Roti dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro daripada Samsung.

Resipi Puding Roti

Bahan-Bahan Untuk Puding (Hidangan untuk 4-6 orang)

5-6 keping roti putih

500-ml susu

2 biji telur

4 sudu besar gula

1 sudu kecil ekstrak vanila

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

2 sudu besar mentega

Kismis atau potongan kurma (optional)

Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard Karamel

2 sudu besar serbuk kastard karamel

See also
Galaxy Buds2 Hasil Idea Samsung Bersama Charli XCX

2 sudu besar gula

1 tin susu sejat

¼ tin air

Cara Penyediaan

1. Campurkan susu, telur, serbuk kulit kayu manis dan estrak vanilla di dalam sebuah mangkuk.

2. Cincang (shred) roti menjadi kepingan kecil dan campur ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan mentega cair dan campur, dan tambahkan kismis atau potongan kurma.

4. Masukkan dulang ke dalam ketuhar gelombang mikro dan pilih butang Auto Cook.

5. Untuk membuat sos kastard karamel, masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau di atas api sehingga pekat.

6. Tuangkan sos kastard karamel di atas puding roti, atau sejukkan untuk makan sejuk.

Sebagai solusi dapur moden hari ini, Samsung mahu pengguna menikmati pilihan masakan yang pelbagai dengan menggunakan ketuhar semua-dalam-satu yang membenarkan anda untuk goreng udara (air fry), panggang, bakar, kukus, gelombang mikro, nyahhidrat, dan juga penapaian. Samsung Convection Microwave Oven dengan HOT BLAST Function sempurna untuk apa jua saiz dapur anda. Ia mudah untuk dibersihkan, mempunyai perlindungan anti-bakteria, bersih dan tahan lasak.

Teknologi HotBlast yang digunakan dapat memendekkan masa masakan sehingga 50% dengan gabungan perolakan haba dan gelombang mikro yang akan menghasilkan udara panas yang berkuasa, dihembuskan melalui lubang-lubang udara terus ke masakan agar ia garing di luar dan berjus di dalam. Bukan itu sahaja, masakan tanpa atau sedikit minyak pastinya lebih berkhasiat. Paling utama, fungsi Auto Cook yang akan memudahkan pilihan pra-set masakan untuk setiap jenis hidangan.

See also
Datin X: Gym Instructor Songlap Duit Datin Tua!

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: Puteri Beatrice Bakal Bergelar Ibu Buat Pertama Kali