Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang The Hitman’s Bodyguard, Salma Hayek mendedahkan baru-baru ini bahawa dia pernah dijangkiti coronavirus.
Sewaktu wawancara bersama Variety, Salma menceritakan pengalamannya menghidap virus yang hampir meragut nyawanya.
Kata pelakon berusia 54 tahun ini, dia dijangkiti coronavirus sewaktu pandemik itu baru sahaja bermula tahun lalu.
“Doktor merayu kepada saya supaya ke hospital kerana keadaan saya sangat teruk. Namun saya katakan, ‘Tidak, terima kasih. Saya lebih rela mati di rumah,’” ujarnya.