Segarkan Aidilfitri Dengan Resipi Bunga Raya Mocktail - Glam Malaysia

Segarkan Aidilfitri Dengan Resipi Bunga Raya Mocktail

Meraikan kehadiran Aidilfitri ini, jangan lupa untuk bereksperimentasi dengan resipi minuman unik, Bunga Raya Mocktail yang pasti menyuntik kesegaran bersama seisi keluarga nanti.

Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Dalam mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan. jangan lupa untuk mengambil pelung ini untuk menyegarkan segenap ruang rumah dalam inspirasi Aidilfitri yang berlainan ketika era pandemik ini. Jangan lupa untuk menjaga SOP nanti. Anda juga boleh mencuba bereksperimentasi dengan resipi baharu seperti Bunga Raya Mocktail yang pasti menyuntikkan kesegaran dan kelainan untuk meraikan kedatangan Syawal. Resipi yang cukup mudah untuk dinikmati bersama seisi keluarga dan sesuai dihidangkan bersama seleksi kuih-muih nanti.

Bunga Raya Mocktail

Bahan-Bahan

3 beg / 1 sudu besar teh bunga raya

3 cawan (24 auns) air

2 biji limau nipis kecil (lebih kurang 4 sudu besar jus limau nipis), serta beberapa kepingan limau nipis sebagai hiasan

Air sparkling atau club soda

2 sudu besar madu

2 sudu besar air

Ais, untuk dihidangkan

See also
Riadah Hujung Minggu Sempurna Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Cara Penyediaan

1. Rendam teh dalam air panas selama 3 minit, kemudian keluarkan beg teh (atau tapis daun teh). Sejukkan teh sehingga menjadi suhu bilik, selama lebih kurang 20 minit.  

2. Campurkan madu dan air, dan panaskan campuran tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga larut sepenuhnya. Biarkan sebentar.

3. Tuangkan setengah gelas teh bunga raya. Tambahkan satu sudu besar jus limau nipis dan satu sudu besar sirap madu ke dalam gelas, dan kacau sehingga sebati. Tambahkan air sparkling ke dalam gelas sehinga penuh. Kacau perlahan-lahan.

4. Hias dan sedia untuk dihidangkan.

Set Teh Gembira

Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri ini. Royal Selangor mahu anda tampil kreatif dengan menghiasi ruang tamu serta meja makan dengan perhiasan yang mencuri perhatian. Serlahkan gaya 1950-an penuh nostalgia dengan set teh Gembira yang sempurna dalam suasana Hari Raya nan klasik. Selain balang kuih, anda juga boleh menggunakan gelas moktel untuk meletakkan kuih-muih nanti.

Foto: Royal Selangor

Baca lebih lanjut: 3 Perkara Perlu Tahu Mengenai iPad Pro Baharu

See also
Anggun Di Aildilfitri Bersama FERN: The Orchid Series