Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini Paris Hilton berkongsi foto lama dia menyarung baju dengan slogan ‘Stop Being Poor’ dan mendedahkan kebenaran di sebaliknya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Paris menjelaskan kepada peminat bahawa tulisan pada baju tersebut hakikatnya telah disunting.
Foto itu dirakam di sebuah parti yang berlangsung di Las Vegas pada 2005. Sejak itu, ia disalah guna dan disebarkan di internet sehingga menjadi tular.
Malah ia sering digunakan orang ramai kala membincangkan topik yang berkaitan kesaksamaan ekonomi. Namun menurut sosialit berusia 40 tahun ini, ia palsu semata-mata.