Ratu Elizabeth Kembali Bertugas Selepas Kemangkatan Duke of Edinburgh - Glam Malaysia

Ratu Elizabeth Kembali Bertugas Selepas Kemangkatan Duke of Edinburgh

Ratu Elizabeth kembali menjalankan tugas rasmi secara virtual dari Windsor Castle sejak kemangkatan suaminya, Putera Philip awal bulan ini.

Buat Ratu Elizabeth II, tanggungjawabnya sebagai seorang Ketua Negara adalah keutamaan. Walaupun baharu kematian suami, baginda kembali menjalankan tugas rasmi minggu ini secara virtual dari Windsor Castle.

Foto: Getty Images

Baginda telah membuat dua panggilan video bersama duta dari Latvia dan Ivory Coast yang berada di Buckingham Palace. Duta Latvia, Ivita Burmistre dan juga duta Ivory Coast, Sara Affoue Amani telah mempersembahkan Letters of Credence kepada Ratu Elizabeth.

Dari gambar yang dikeluarkan, baginda mengenakan gaun biru floral dengan rantai mutiara yang kekal menjadi signature. Baginda tidak lagi berbusana hitam selepas berkabung selama dua minggu selepas kematian suaminya.

Duta Ivory Coast, Sara Affoue Amani telah mempersembahkan Letters of Credence kepada Ratu Elizabeth.

Ketika membuat panggilan virtual tersebut, baginda berada di Windsor Castle yang terletak 50 minit dari kota London. Sejak pandemik melanda dunia, baginda memilih untuk menetap di Windsor Castle yang kekal menjadi kediaman diraja buat keluarga diraja British.

See also
Butiran Rancangan Sewaktu Kememangkatan Ratu Elizabeth

Minggu lalu, Ratu Elizabeth telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-95. Baginda dilahirkan pada 21 April 1926 di Mayfair, London. Baginda telah menjadi Ratu untuk United Kingdom dan 15 negara Komanwel sejak 6 Februari 1952 pada usia 25 tahun. Tahun hadapan, baginda akan menyambut Jubli Platinum bersempena dengan 70 tahun di atas takhta.

Keluarga diraja United Kingdom telah berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir buat Putera Philip di St George’s Chapel yang meninggal dunia pada usia 99 tahun. Ketika acara pengebumian awal bulan ini, baginda dilihat duduk keseorangan kerana perlu mengikuti Prosedur Operasi standard.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo