South Sea Pearl, Taruhan DeGEM Sempena Syawal - Glam Malaysia
South Sea Pearl, Taruhan DeGEM Sempena Syawal

South Sea Pearl, Taruhan DeGEM Sempena Syawal

Dalam kesibukan mencari baju Raya, aksesori Raya untuk pelengkap gaya usah dilupakan. Baju cantik-cantik tetapi tanpa barang hias tidak menjadi juga. Perhiasan diri sangat penting kala berfesyen Raya, selain menaikkan seri gaya, ia juga trik gaya yang ringkas tanpa perlu bersungguh-sungguh. Terkadang, cukuplah sekadar memakai subang tanpa barang kemas lain, rambut diikat tinggi atau berhijab, sudah memadai. Kelihatan anggun sepanjang hari.

Sempena Raya 2021 yang bakal tiba, DeGem hadirkan seleksi barang kemas yang bertatahkan South Sea Pearl sebagai fokus utama. Mengenepikan butiran berlian buat sementara, mutiara pula dipilih DeGem untuk taruhan utamanya musim perayaan ini. Raikan musim perayaan dengan perhiasan mewah nan segar bersama koleksi South Sea Pearl Diamond yang terjamin meningkatkan keanggunan stail. Gayakannya bersama variasi baju kurung moden atau dress Raya kesukaan. Corak atau polos, kedua-duanya ternyata sesuai.

Saban musim, South Sea Pearls terbukti sebagai mutiara paling berkilau di dunia, yang sangat digemari oleh para wanita. Oleh kerana teksturnya bak sutera yang berkilau seperti cermin yang tersangatlah indah. Butiran tersebut menyerlahkan sisi ‘timeless’, klasik dan faktor elegan yang memaut pada South Sea Pearl. Direka secara terperinci dengan gabungan potongan berlian dan kilauan dari South Sea Pearl putih metalik (diameter antara 10mm-12mm) yang disusun dalam set 18k emas putih. 

See also
Sinar Ramadan Bersama Swarovski

Ringkas namun bergaya, set koleksi South Sea Pearl oleh DeGem terdiri daripada sepasang anting-anting, cincin dan kalung. Mendapat inspirasi dari bulan sabit yang mewakili kitaran bulan baharu yang menandakan permulaan baru dalam kalendar bulan. Dihiasi dengan warna asas yang chic dan minimal-putih metalik South Sea Pearl dan berbentuk bulan sabit yang memerihalkan keindahan bulan Syawal. 

Artikel berkaitan: Kemewahan Aildifitri INNAI RED Raya Luxe 2021