SAG AWARDS 2021: Selebriti Pakai Apa?
DARI ANYA TAYLOR-JOY DALAM VERA WANG HINGGA VIOLA DAVIS DALAM LOUIS VUITTON, SIAPAKAH YANG PALING STYLISH PADA MALAM ITU?
Anugerah Screen Actors Guild 2021 berjalan secara maya pada 4 April lepas, langsung meneruskan penganjuran musim anugerah 2021, menyaksikan para penggiat seni meraikan kemenangan dalam kategori masing-masing.
Penggiat seni dan tetamu terpilih yang ditugaskan untuk menyampaikan trofi kemenangan melakukannya sekadar dari rumah sahaja, pun begitu tetap mengekalkan estetika stylish dalam busana pilihan masing-masing. Glamor!
Walaupun acara tersebut berjalan secara virtual, acara karpet merah kekal memaparkan gaya-gaya selebriti. Tidak lengkap sesuatu majlis itu tanpa kelibat selebriti stylish melewati karpet merah. Bagaikan benar-benar berjalan di atas karpet merah di luar tempat acara berlangsung. Malah, selebriti mengambil peluang ini untuk bergaya habis-habisan, gaya rambut yang chic, bagi menampilkan penampilan unik.
Para stylist yang diupah selebriti turut mengambil peluang tersebut untuk menggayakan klien-klien mereka dalam olahan yang luar biasa, serta bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen untuk memastikan gaya yang ditata selayaknya bergelar the best dressed. Or could it be an iconic look? Misalnya, stylist seperti Elizabeth Stewart yang menjalinkan kolaborasi bersama Matthew Williams dari Givenchy, untuk hasilkan look custom made untuk Cate Blanchett.
Khususnya untuk upacara ini, fokusnya adalah pada aspek glamor, dengan gaun elegan dan butiran manik, sementara yang penerima nominasi dan penyampai menonjolkan aspek bold dalam penampilan, meningkatkan mood untuk berfesyen. Secara keseluruhannya, siapakah selebriti yang paling stylish? Dan busana rekaan siapakah pilihan mereka?
- VANESSA KIRBY DALAM GIVENCHY
2. ANNA-TAYLOR JOY DALAM VERA WANG
4. CATE BLANCHETT DALAM GIVENCHY
5. EMMA CORRIN DALAM PRADA
7. ELLA FANNING DALAM GUCCI
8. KERRY WASHINGSTON DALAM ETRO
9. GLENN CLOSE DALAM OSCAR DE LA RENTA
10. GILLIAN ANDERSON DALAM DOLCE & GABBANA
Artikel berkaitan: Alicia Vikander, Fashion’s Newest Risk Taker