Ilham Cantik Terbaik Di Grammys 2021 - Glam Malaysia

Ilham Cantik Terbaik Di Grammys 2021

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anugerah berprestij Grammys hadir dengan konsep tersendiri selaras dengan era pandemik. Baik secara langsung mahupun secara alam maya, penampilan selebriti di seluruh dunia mampu mengunci mata ramai. GLAM menyenarai pendek ilham cantik terbaik di Grammys 2021

Buat pertama kalinya, Grammys 2021 dilangsungkan ketika pandemik dan beberapa segmen rancangan anugerah muzik ini kelihatan sedikit berbeza secara keseluruhannya. Tetapi ia tidak terhad kepada usaha dalam memastikan penampilan, solekan, dan dandanan rambut. Pada tahun ini, Trevor Noah dijadikan sebagai tuan rumah, langsung dari pentas utama Grammys di Los Angeles. Walaubagaimanapun, pandemik bukanlah penghalang untuk anugerah muzik ini menyatukan beberapa pemuzik kegemaran dan mengambil alih pentas dari seluruh dunia untuk membuat persembahan pada malam tersebut.

Dari Los Angeles ke Seoul Korea, persembahan yang pasti dinantikan kemeriahannya – kumpulan K-pop BTS memukau peminat dengan tenaga yang dibawakan di atas pentas-bersama Grammys. Serta penuh glamor memeriahkan malam tersebut, Cardi B, Doja Cat, Dua Lipa, Taylor Swift, dan Billie Eilish, (serta ramai lagi) meluangkan masa menghadiri malam besar industri muzik ini. Juga tidak dilupakan, penampilan selebriti Lizzo dan Jhené Aiko sebagai penyampai anugerah, penuh chic menyerikan lagi layar Grammys 2021. Tanpa perlu menghadapi cahaya permaidani merah yang terang, sesetengah selebriti pasti memberikan penampilan yang lebih mewah dan inovatif daripada sebelumnya – atau mungkin ada yang menganggap persembahan alam maya lebih senang dan menggunakan estetika solekan tanpa solek yang santai jika mereka menerima penghargaan dari keselesaan kediaman mereka. 

See also
GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan

Namun begitu, setiap selebriti mempunyai pendekatan yang berbeza akan fesyen dan kecantikan. GLAM tidak melepaskan peluang memerhati satu per satu buat solekan dan penampilan secara menyeluruh dengan details yang tersendiri!