Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun gerakan seperti #MeToo dan Times Up mencetus perbualan antarabangsa mengenai seksisme dan kesaksamaan jantina beberapa tahun kebelakangan ini, hakikatnya isu ini telah wujud berdekad lamanya.
Begitu juga dalam dunia hiburan. Daripada permintaan untuk melakukan pembedahan plastik sehingga paksaan beraksi tanpa seutas benang untuk kulit majalah, ramai wanita menghadapi cabaran seksisme yang teruk untuk membina kerjaya di Hollywood.
Walaupun berjaya membuktikan mereka mampu menyaingi lelaki, jurang pendapatan tetap wujud. Menurut Forbes, wanita meraih RM1 berbanding RM4 yang diperolehi lelaki pada 2018. Hanya 14 daripada 100 selebriti dengan pendapatan tertinggi tahun itu adalah wanita.
Berikut adalah selebriti yang pernah berhadapan dengan isu seksisme di Hollywood. Klik seterusnya.