Sejenak Bersama Datin Lynda Rahim - Glam Malaysia
Sejenak Bersama Datin Lynda Rahim

Sejenak Bersama Datin Lynda Rahim

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM memperkenalkan segmen #HiTEAwithGLAM bersama Datin Lynda Rahim secara langsung di IG LIVE @GLAMMALAYSIA. Nantikan segmen yang akan diadakan setiap bulan dengan personaliti seterusnya!

Kami bersama dengan Pengarah Kreatif dan Urusan, Lynda Rahim Beauty, Lynda Rahim KL dan jika baca artikel ini selanjutnya, Datin Lynda ada berkongsi dan memperkenalkan ‘new baby’ yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini! Untuk segmen #HiTEAwithGLAM yang julung kali dianjurkan bulan Februari 2021, GLAM sempat berbual sejenak bersama Datin Lynda Rahim.

Banyak perkara yang dibualkan. Antara topik perbincangan kami banyak berkisarkan tentang gaya hidup terkini Datin Lynda ketika pandemik dan bagaimana positiviti menjadi tunjang kepada kejayaannya. Tonton semula temubual GLAM bersama personaliti hebat ini di bawah!

Pautan berkaitan: Datin Lynda Rahim: “Saya banyak belajar daripada kesilapan.”

Di dalam bual bicara ini Datin Lynda ada berkongsi tentang perkembangan terkini dan mengakui dirinya sering sibuk namun masih sempat mengatur jadual untuk ke semua perniagaan di bawah naungannya. Antara yang terbaru adalah Modern Matte Lipstick by Lynda Rahim Beauty dan juga Bake O’ Clock & Co yang GLAM paparkan di muka surat sebelah. Swipe ke sebelah untuk mengenali produk terbaik ini dengan lebih lanjut!

See also
Gandingan Serasi Margot Robbie Dan Ryan Gosling Sebagai Barbie & Ken