Mercu Kemewahan Progresif: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence - Glam Malaysia

Mercu Kemewahan Progresif: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu yang dipasang di Malaysia dalam menyambut kedatangan tahun 2021.

Dalam membuktikan komitmen pelaburan mereka dalam landskap automotif tempatan, BMW Group Malaysia tmemperkenalkan varian BMW X7 xDrive40i Pure Excellence yang dipasang di Malaysia. Mercu kemewahan progresif ini menjadi edisi terbaharu selepas pengenalan kenderaan berprofil tinggi yang dipasang secara domestik pada tahun lalu, termasuklah BMW 218i Gran Coupé, BMW 330e M Sport, dan BMW M340i xDrive. Ia mendemontrasikan keyakinan berterusnan BMW ke atas potensi Malaysia sebagai hab serantau bagi segmen kenderaan mewah.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence merupakan lambang kemewahan BMW yang menzahirkan kenyataan yang penuh dengan sofistikasi. Penampilan gaya yang gah dengan mengutamakan aspek keselesaan, ia mencerminkan ciri-ciri versatiliti dan kelincahan yang menjadi simbol utama model BMW X. Dengan rangkaian kuasa dan teknologi yang luar biasa, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence menawarkan pengalaman pemanduan bersama desain dalam yang tiada tandingannya.

See also
Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur

Paradigma Kemewahan

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu mengekalkan reka bentuk ikoniknya. Desainnya yang membawakan komponen gril ‘kidney’ akan menyerlahkan lagi penampilannya ketika menyusuri jalan raya. Dari sisi, garisan bahu hampir vertikal memberikan iras yang landai dari hadapan ke belakang. Selain tingkap yang besar serta garis bumbung panjang yang beralun secara dinamik menyingkap keluasan ruang dalamannya. Varian ini turut membawakan pintu but yang dioperasikan secara elektrik sepenuhnya dengan ciri Comfort Access, termasuk dua paip ekzos besar berbentuk segi empat.

Enjin Yang Mengagumkan

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu juga mengekalkan enjin petrol enam silinder berkuasa tinggi yang mampu menjana kuasa maksimum 250 kW/ 340 kk, serta puncak tork 450 Nm. Ia membolehkan pecutan abad dalam masa 6.1 saat sahaja. Semua dapat dicapai dengan penggunaan bahan api campuran berjumlah 9.5 l/100 km, termasuk emisi karbon gabungan pada paras 218 g/km.

Reka Bentuk Dalaman Yang Mewah

Ruang dalaman BMW X7 xDrive40i Pure Excellence membawakan elemen trim ‘Crafted Clarity’ buatan tangan yang dipotong dengan berlian, serta pelbagai kelengkapan lain yang meliputi stereng sport kulit serta kerusi boleh laras secara elektrik dengan ventilasi aktif di tempat duduk hadapan. BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0 menggandingkan kluster instrumen digital 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi dengan paparan kawalan, turut hadir dengan fungsi skrin sentuh. 

See also
Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru

Teknologi Komprehensif

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dilengkapi dengan teknologi BMW Personal CoPilot, yang merangkumi Parking Assistant Plus dengan fungsi automatik untuk masuk dan keluar daripada ruang parkir selari. Ia juga disertakan dengan Bantuan Mengundur untuk memudahkan pemandu mengolah keluar kenderaan dari ruang parkir yang sempit.

Peminat BMW yang berminat dengan varian BMW X7 xDrive40i Pure Excellence yang baharu boleh membuat pendaftaran di BMW Shop Online.

Foto: BMW Group Malaysia

Baca lebih lanjut: Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl