Datin X: Bila Dah Berkarat, BFF Pun Hilang Entah Ke Mana - Glam Malaysia
Datin X: Bila Dah Berkarat, BFF Pun Hilang Entah Ke Mana

Datin X: Bila Dah Berkarat, BFF Pun Hilang Entah Ke Mana

“Begitulah pasang dan surut kehidupan yang umpama roda. Kadang kita di atas dan ada masanya kita di bawah,” – Datin X

Bila di atas, kita disanjung dan dipuja hingga sukar menerima kenyataan bila berada di bawah tanpa the usual suspect yang dulu sanggup bergolak gadai menjadi entourage kala bercuti mewah walaupun diri tak semegah mana. Dulu Datin X biasa dengar perumpamaan ‘habis madu, sepah dibuang’ dan satu lagi ‘seperti kacang lupakan kulit’ dan menganggapnya tidak akan pernah berlaku pada diri sendiri. Tetapi, bila sudah kena batang hidung sendiri, apa orang kata – baru ada akal! Benar, teman ketika susah memang sukar dicari. Mungkin dalam beribu-ribu yang mengucap Happy Birthday dan yang menghadiri parti ulang tahun kelahiran anda tanpa missed setiap tahun, hanya kurang dari lima jari yang akan benar-benar berada di samping anda ketika bala menimpa.

“Mana bff you yang selalu menempel dulu, hilang?” tanya keluarga terdekat. Tersentak dada mendengar soalan itu.

Terngiang- ngiang beberapa hari dalam kepala dan terdetik untuk berfikir kebenaran soalan itu dan mula menyoal diri di mana mereka semua kala diri amat memerlukan sokongan moral dan apa jua bantuan yang boleh diterima dari seorang teman rapat yang sering ada kala suka-suka dahulu. Bila call atau mesej, balas seperti endah tidak endah dan bunyinya langsung tidak interested. Ada juga yang kasi bluetick sahaja. Geram macam nak baling phone ke dinding!

See also
Korner Mak Datin: Ilmu Hitam Memakan Diri. Tundukkan Bos, Pikat Suami

Bohong jika Datin X tidak merindukan saat diri disanjung, diberi keutamaan dan berasa penting dalam setiap majlis dan situasi. Namun sebaik sahaja value jatuh mendadak dan lebih sadis lalu ditimpa tangga, pada mereka Datin X sudah tidak berguna lagi. Bukan sahaja wang, barang berjenama, nama, apatah lagi tajaan dari rambut hingga ke kaki setiap hari dan kala bercuti sudah tidak lagi mampu diberi. Dulu Datin X lah yang taja kehidupan mereka semua. Terbang ke Maldives naik kapal terbang kelas utama. Kini nak booking tiket flight tambang murah pon Datin X kena kira- kira.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JAN/FEB 2021

Cerita lebih panas: Datin X: Affair Di Hujung Usia

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa